Catatan Marhaenis...

Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada jari taip ler yer. Di sini kita berkongsi pendapat, mahupun berbalah pendapat sesama kita. Boleh menceritakan apa sahaja, asal sahaja tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara melainkan semata-mata untuk perbincangan, perbahasan dan pemberitahuan sahaja. Selamat menulis!

 
MENCARI

RUJUKAN KITA
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com


Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
PENGUMUMAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!!
RADIO MALAYSIA
  • LEPAK KEDAI KOPI
    Create a Meebo Chat Room


    HANGPA MAI MANA?


    Locations of visitors to this page


    IFC..The Truth..
    Sunday, May 21, 2006
    It has been told that the talks was legal..and it was the demontration that was illegal (illegal gathering) .. Read on..

    Kenyataan Media
    (19 Mei 2006)

    TAJUK :

    FORUM SENSITIF TANPA PERMIT :
    POLIS DI MINTA BERTINDAK TEGAS

    Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow seperti mana yang disiarkan di dalam Bernama.Com pada 19 Mei 2006 yang bertajuk Penganjur Forum Tidak Mohon Permit yang mana beliau telah menjelaskan bahawa adalah lebih baik pihak yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu sensitif memohon permit polis untuk keselamatan awam walaupun permit polis tidak diwajibkan bagi mana-mana pihak ingin menganjurkan forum atau seminar tertutup.

    Kenyataan beliau ini merujuk kepada penganjuran forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan kekecohan akibat demonstrasi orang ramai. Beliau membetulkan fakta bahawa sebenarnya program tersebut tidak mempunyai permit polis untuk dianjurkan.

    Bermakna, penganjur program iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) telah melakukan perhimpunan HARAM yang sebelum ini didakwa telah mendapat kebenaran polis untuk diadakan forum tersebut.

    DPPNJ mengharapkan agar pemantauan terhadap aktiviti yang seumpama ini akan dapat dipantau dengan lebih serius agar kejadian seperti ini khususnya yang menyentuh sensitiviti umat Islam dapat dielakkan.

    Lebih-lebih lagi, forum ini didakwa membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

    DPPNJ juga melahirkan rasa terkilan kerana forum yang dilabelkan sebagai sensitif ini telah didakan sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April lepas. Bermakna, sekiranya tiada demonstrasi diadakan maka forum sensitif ini akan tetap berjalan.

    Kesunguhan kira-kira 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Anti Suruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di Jalan Penang pada hari Ahad lalu, bagi membantah penganjuran satu forum yang didakwa menghina Islam walaupun dilihat sebagai satu kesalahan dan dilabelkan sebagai tindakan BODOH oleh Datuk Nazri Aziz telah berjaya membuka mata semua pihak terhadap isu sensitif ini.

    Sekian, wassalam.

    Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
    Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
    019-7701830
    http://dppnjohor.blogspot.com/
    posted by Ibnu Hashim @ 10:19 AM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    About Me

    Name: Ibnu Hashim
    Home: Puchong, Selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    POS TERDAHULU
    ARKIB
    GO BLOGS
    INFAQ
    • Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith).
      Akhiratkan dunia mu..

    • Rumah Anak Yatim yang dimaksudkan adalah

    • RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN,MANJOI, IPOH(BLOG)

    • RUMAH ANAK YATIM AL-WADI, KUPANG, KEDAH (VIDEO)
    • Sila bank-in sumbangan anda kepada:

      NAMA : TKO GLOBAL NOMBOR AKAUN :564726100475 AKAUN :ALWADIAH MAYBANK

      JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk) NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
      PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim

      Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)

    LAMAN WEB PILIHAN
    SEMAK DAFTAR PENGUNDI

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2005 Catatan Marhaenis... Template by Isnaini Dot Com