Catatan Marhaenis...

Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada jari taip ler yer. Di sini kita berkongsi pendapat, mahupun berbalah pendapat sesama kita. Boleh menceritakan apa sahaja, asal sahaja tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara melainkan semata-mata untuk perbincangan, perbahasan dan pemberitahuan sahaja. Selamat menulis!

 
MENCARI

RUJUKAN KITA
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com


Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
PENGUMUMAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!!
RADIO MALAYSIA
  • LEPAK KEDAI KOPI
    Create a Meebo Chat Room


    HANGPA MAI MANA?


    Locations of visitors to this page


    Corat Coret...
    Tuesday, October 31, 2006
    Ramadhan yang lalu, ketika aku mengikuti Tazkirah Subuh di Masjid Kariah ku, Us. Abdullah membawakan akan kebahagiaan yang sebenarnya kepada orang Mukmin ada lima menurut Annas Bin Malik r.a. Beliau telah mengupas perkara ini yang mana telah membukakan mata hati ku..Di pagi pagi itu, tiada lah apa apa buku catatan yang aku bawakan ke masjid melainkan ku simpankan poin poin kebahagiaan itu dalam handphone ku jua...

    Takdirnya Allah S.W.T. dalam perjalanan pulang ku berhari raya, diberi kekuatan olehNya untuk kami memulakan perjalanan pada waktu dinihari, kira kira jam 3 am. Alhamdulillah RahmatNya Ilahi maka kami dapat singgah menunaikan solat Subuh di Masjid Baru di Sungkai. Rupanya pagi itu ada kuliah subuh, maka kami ambil kesempatan untuk turut serta dalam majlis Ilmu, majlis yang amat digemari oleh para Malaikat malah diberitakan ada sekumpulan Malaikat yang diciptakan khusus untuk mencari majlis majlis zikrullah ini dan menebarkan sayapnya ke atas para hadirin... dan tajuk yang dibawakan oleh ustaz muda itu ialah Hari Raya...

    Rupanya beliau juga turut mengulas hadith Annas Bin Malik r.a. itu yang mana menyentuh tentang Lima Hari Raya untuk orang Mukmin... Subhanallah...baru sahaja beberapa hari yang lepas ku ikuti tajuk yang sama dengan penuh minat dan kini seolah olahnya Allah telah memutarkannya semula untuk ku malah dengan seluruh keluarga ku akan kisah yang amat penting ini...hakikat kebahagiaan orang Islam...

    Dengan IzinNya pula, selamat sampailah kami semua ke Kampung, menjelang dua hari sebelum raya, kami berangkat ke rumah mentua ku memandangkan tahun ini adalah giliran kami beraya di rumah Mentua ku... Dapatlah bertemu dengan ipar duai sebelah isteri ku pula...dan berkumpullah kami untuk berbuka puasa. Bagi mendapatkan waktu berbuka yang tepat, maka kami menggunakan radio siaran tempatan untuk siaran azan maghrib. Sejurus setelah itu, ketika sedang berbuka, Subahanallah...dengan Rahmatnya, ada tazkirah pendek disampaikan di radio Ipoh yang membicarakan tentang 5 hari raya untuk orang Mukmin...Maka sekali lagi hati ini disajikan dengan kisah yang dibawakan oleh Annas Bin Malik r.a. itu!!!!

    InsyaAllah...akan aku nukilkan di sini mengikut apa yang ku dengar dan ku fahami untuk kita sama sama mengabadikan dan buat tatapan semua insyaAllah... Allahu Akbar!!!

    Kebahagiaan yang Sejati dan yang sebenar benarnya menurut Annas Bin Malik r.a.
    posted by Ibnu Hashim @ 3:10 PM  
    2 Comments:
    • At 8:01 PM, Blogger Produk Halal Tanggungjawab Bersama said…

      Assalamualaikum wrbt akhi abu muaz...salam lebaran dan maaf zahir batin.
      kita raya sebulan kan...hehe...ni 1st time adik ustaz masuk komen...

      hmm...sungguh Allah itu Maha Kaya, Dia akan senantiasa melorongkan utk hambaNya yg mencari keredhaanNya jalan kebenaran dan kebahagiaan yg tidak ada makhluk yg dpt memberi melainkan Allah jua.

      Apa yg abg alami, pernah juga ana alami. tp bkn ttg tazkirah...masa tu ana sdg mencari kaset nadamurni...lama dh kaset ni...mmg payah nak dapat..tajuk kelahiran. Merata-merata adik cari, sampai satu masa ana buat tak tau dah sbb tak larat nak cari.

      Sampailah Ramadhan yang lalu, sdg ana ronda2 kat bazar Ramadhan di baling kedah, tercuit hati nak masuk gerai yg jual kitab2 dan kaset2 agama dan nasyid. Mata melilau jgk, tp tak ingat ttg album kelahiran tu, adik nak carik ceramah Ustaz Ismail Kamus. tgh asik belek-belek...hah ada jgk kaset tu, tp tinggal satu je...mmg rezki ana nak dpt gak kaset tu, sedangkan merata-rata cari baik di tapak ceramah ataupun kedai-kedai kaset..rupanya Allah nak temukan ana ngan kaset tu kt gerai tu. Apa lagi, dgn rakusnya ana amik kaset tu trus bayar...wahhh syukurnyaaa...

      bkn setakat kaset saja..malah kopiah haji...dpt jgk..masih jgk dh tinggal satu je...mcm Allah dh booking utk ana dan semestinya Allah Maha Mengetahui..janji benda2 tu baik dan bermanfaat...sungguh benar Allah S.W.T.

      Sekadar kongsi cerita...kalau sudi lawatlah blog ana pulak ye di

      http://islamhakiki.blogspot.com

      sempena hari raya ni...tak dpt ke rumah jemputlah ke rumah maya...hehe

      sekian dulu ye...wassalam.

       
    • At 2:24 AM, Blogger Ibnu Hashim said…

      Tima kasih komen... Bab tinggal satu ni pun baru je berlaku kat saya nih...Pasal Ketupat segera...ehehe

      Mak tetiba minat katanya alaaa..ketupat Adabi tu..kecikkk jer...beli banyak banyak kat mak...mak nak, mak tanak...

      So pergi la ke Pasaraya kat rumah...belilah adabi...

      Sampai rumah katanya bukan yang ni...dia kecikkk jer... aiseh...
      Trus patah balik...rupanya yang tu ialah ketupat Nona.... Punyalah besar pasaraya tu...ADa tinggal SATUUUUU jer... Yang lain tu mini...ada satu je yang kampit besar... omak aii... Allah Maha Kaya....

      Tu semua nak jadi ujian kita...kita je tak sedar kan Ustaz...di renung renungkan..isk Allah sentiasa kasi warning...kita ni yang Hampeh..maksud saya ni, diri saya ler...

      Baiklah ustaz... Saya kecewa jugak dgn astro tu...sedih pulak malam nih...
      tak tau kenapa... Hidayah tu MilikNya jua...

      Wassalam

       
    Post a Comment
    << Home
     
    About Me

    Name: Ibnu Hashim
    Home: Puchong, Selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    POS TERDAHULU
    ARKIB
    GO BLOGS
    INFAQ
    • Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith).
      Akhiratkan dunia mu..

    • Rumah Anak Yatim yang dimaksudkan adalah

    • RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN,MANJOI, IPOH(BLOG)

    • RUMAH ANAK YATIM AL-WADI, KUPANG, KEDAH (VIDEO)
    • Sila bank-in sumbangan anda kepada:

      NAMA : TKO GLOBAL NOMBOR AKAUN :564726100475 AKAUN :ALWADIAH MAYBANK

      JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk) NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
      PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim

      Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)

    LAMAN WEB PILIHAN
    SEMAK DAFTAR PENGUNDI

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2005 Catatan Marhaenis... Template by Isnaini Dot Com