MENCARI |
|
RUJUKAN KITA |
|
PENGUMUMAN |
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!!
|
RADIO MALAYSIA |
|
LEPAK KEDAI KOPI |
|
HANGPA MAI MANA? |
|
|
Wahai Ummah... |
Wednesday, January 24, 2007 |
Tangisan kesyukuran kulihat Betapa hebatnya sumbangan para pendakwah Betapa hebatnya sumbangan penggerak Islam Individu mahupun berkumpulan
Masing-masing dengan amalnya Masing-masing dalam bidangnya Masing-masing dengan kemahirannya Masing-masing dengan kepakarannya
Saling melengkapi antara satu sama lain Dengan kefahaman Islam yang jitu Dengan keikhlasan hati yang telus Hanya mengharapkan redha Ilahi
Dalam mentajdid Islam dalam konteks kerajaan JAKIM, Majlis dan Jabatan agama Islam negeri, IKIM, YADIM dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid hukum dan memerangi kebatilan Para mufti negeri-negeri dan para ulama banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid politik Islam dan memerangi sekular Parti Islam SeMalaysia banyak sumbangannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak perlu membuktikan apa-apa telahpun menerajui model pemerintahan yang adil marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid masyarakat dan memerangi gejala sosial JIM, ABIM dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid Sunnah dan memerangi Bid'ah Dr Mohd Asri, Maulana Asri dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid muamalat Islam dan memerangi riba Ustaz Zaharuddin dan lain-lain Bank-bank Islam dan Syarikat-syarikat Takaful banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid rohani dan memerangi penyakit hati Jemaah Tabligh dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid undang-undang dan memerangi kezaliman Almarhum Ahmad Ibrahim dan lain-lain Hakim-hakim dan peguam-peguam syarie banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid ilmu, pendidikan dan memerangi kejahilan Para pensyarah, para guru dan lain-lain Universiti Islam, Kolej Islam, Sekolah Islam, Tadika Islam banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid hiburan dan memerangi kelalaian Raihan, Rabbani, Hijaz, InTeam, Wadi, Akhil Hayy dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Dalam mentajdid dakwah online dan memerangi dakyah Para pengusaha laman web, blog, email groups dan lain-lain banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Sebenarnya setiap muslim telah melakukan tajdid untuk diri dan umatnya dan memang banyak sumbangannya tidak perlu membuktikan apa-apa marilah kita memberikan sokongan
Akan tetapi tangisan kepiluan kulihat umat tajdid bersengketa sesama sendiri sedangkan Tuhan hanyalah satu sedangkan Islam hanyalah satu
Marilah eratkan ukhuwah sesama umat tajdid kerana kita semua adalah bersaudara kerana setiap tajdid melengkapi tajdid yang lain kerana setiap tajdid sangat memerlukan kepada tajdid yang lain
Ya Allah Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus
* Petik dari email kiriman saudara bosman78@yahoo.com |
posted by Ibnu Hashim @ 11:37 AM |
|
|
|
About Me |
Name: Ibnu Hashim
Home: Puchong, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
POS TERDAHULU |
|
ARKIB |
|
GO BLOGS |
|
INFAQ |
- Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith).
Akhiratkan dunia mu..
Rumah Anak Yatim yang dimaksudkan adalah - RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN,MANJOI, IPOH(BLOG)
- RUMAH ANAK YATIM AL-WADI, KUPANG, KEDAH (VIDEO)
Sila bank-in sumbangan anda kepada:
NAMA : TKO GLOBAL
NOMBOR AKAUN :564726100475
AKAUN :ALWADIAH MAYBANK
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk)
NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim
Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)
|
LAMAN WEB PILIHAN |
|
SEMAK DAFTAR PENGUNDI |
|
Powered by |
|
|