Catatan Marhaenis...

Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada jari taip ler yer. Di sini kita berkongsi pendapat, mahupun berbalah pendapat sesama kita. Boleh menceritakan apa sahaja, asal sahaja tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara melainkan semata-mata untuk perbincangan, perbahasan dan pemberitahuan sahaja. Selamat menulis!

 
MENCARI

RUJUKAN KITA
Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com


Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
PENGUMUMAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!!!
RADIO MALAYSIA
  • LEPAK KEDAI KOPI
    Create a Meebo Chat Room


    HANGPA MAI MANA?


    Locations of visitors to this page


    Betapa Kerdilnya Insan ini..
    Saturday, November 18, 2006
    Pernah dulu aku mengikuti satu kuliah yang disampaikan oleh Dato' Harun Din... Dalam kuliahnya itu menceritakan betapa lemahnya manusia ini...betapa kerdilnya manusia ini...

    Dato' membawakan satu hadith yang menceritakan akan kehebatan makhluk ciptaan Allah S.W.T. ini. Dalam kisah itu, Malaikat Jibril a.s. menjelma dalam rupa bentuk yang asalnya kepada baginda s.a.w. Baginda melangut ke atas melihat betapa besarnya Jibril itu sampai kepala melepasi langit (awan)... Baginda melihat Jibril mempunyai 600 pasang sayap...yang mana sekiranya dia membuka SATU sayapnya yang disebelah timur, maka akan gelaplah timur seluruhnya (maknanya sayapnya itu terlalu panjang), dan jika dibukannya sayap yang di sebelah Barat, maka akan gelaplah barat seluruhnya... dan itu baru SEPASANG sayapnya sahaja sedangkan ia mempunyai 600 pasang!!


    Nabi memuji muji akan kehebatan dan keagungan Allah menciptakan makhluk yang begitu hebat...Namun Jibril mencelah, katanya ada lagi makhluk Allah lainnya yang diciptakan lebih hebat dari ku... Nabi bertanya makhluk apakah lagi yang lebih hebat penciptaannya dari engkau Jibril? Jibril menjawab iaitu Malaikat >>>>> (saya lupa nama malaikat ini-maaf atas kelemahan diri ini) Malaikat >>>> ini mempunyai 600 pasang sayap juga, sama seperti Jibril...namun sekiranya Aku (jibril) membukakan kesemua sayap sayap ku (1200 sayap) baru sahaja sama dengan SATU daripada 1200 sayap Malaikat >>>>> itu!!! Nabi sekali lagi merasa kagum dan mengucapkan puji pujian kepada Allah S.W.T. atas kehebatannya dgn menjadikan makhluk yang begitu hebat!

    Tapi sayangnya manusia yang begitu kecil ini tak sedar diri!! Malaikat yang begitu hebat itu tak pernah sekali pun meninggi diri apatah lagi sombong melawan Allah...beraninya kita ini melawan Allah..perintahNya kita langgar...SyariatNya kita tongsampahkan... LaranganNya kita buat sedangkan SuruhanNya kita tinggal malah memperlekeh lekehkan pulak... Na'uzubillah... sedarlah diri tu sapa...Kecikkkkkkkkkkkk jer....

    Kemudian dari itu, Jibril a.s. memberitahu lagi kepada baginda s.a.w. bahawa ADA lagi makhluk yang lebih besar dari itu lagi!!! Makhluk apakah itu Ya Jibril? Jibril memberitahu iaitulah Malaikat Israfil... Malaikat Israfil ini juga begitu, mempunyai 1200 sayap (600 pasang) yang mana sekiranya Malaikat >>>>> itu tadi MEMBUKA KESEMUA 1200 sayapnya itu, maka hanya menyamai dgn SATU sayap Malaikat Israfil.... Subhanallah!!! Begitu hebat penciptaan Mu Ya Allah!!!

    Nabi terus terpesona dan memuji muji akan kebesaran Allah dan kehebatanya... Begitu besarnya Jibril yang ada di depan mata baginda itu sekarang, rupanya Jibril itu masih terlalu kecil jika dibandingkan dgn Malaikat >>>>> itu, apatah lagi terlalu amat amat kecil sekali jika dibandingkan Malaikat Jibril itu dengan Malaikat Israfil ...Nak dibandingkan dengan Manusia?? Huh...

    Kemudian itu Malaikat Jibril a.s. berkata lagi... Ada lagi yang lebih besar lagi dari itu Ya Rasulullah s.a.w !! APa itu ya Jibril? Iaitulah Malaikat Penanggung Arasy Allah... Yang besarnya sama seperti perbandingan yang telah dibuat sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Malaikat Israfil... dan Malaikat -Malaikat ini ada 7 kesemuanya....Subhanallah... Kalau sudahnya begitu...Arasy Allah itu Besar mana??? Subhanallah!!! Nak menanggungnya sahaja ada TUJUH malaikat yang tak terbayangkan betapa besarnya tubuh mereka itu, dari itu Arasy tu betapa pulak hebatnya!!! Allahu Akhbar!!!

    Manusia? Ah!!! Lebih kecil daripada sebutir zarah pun jika hendak dibandingkan dgn Makhluk Makhluk hebat itu...tapi manusia yang lemah dan kerdil inilah yang banyak melawan....Masih merasa diri Hebat..Masih lagi lagho dengan dunia hingga terbuai jauh dari rahmat Allah..Masih lagi sombong, kikir, ujub, riya' dan berbagai bagai lagi sifat sifat mazmumah..Makhluk lain yang begitu hebat kejadiannya tunduk patuh taat kepada Allah S.W.T. dan begitu amat takut kepadaNya....Kenapalah diri manusia ini tak sedar diri? Nak sedar masa bila?? Nak berlagak sombong dengan pangkat harta tu sampai ke mana? Ya Allah...semua ini, termasuklah diri ini....Ampunilah Ya Allah...ampunilah daku....ampun Ya Allah...ampun Ya Allah....Hamba Mu ini bertaubat...berilah kekuatan Iman Ya Allah...kemanisan Iman Ya Allah...dan tetap beristiqamah di jalanMu Ya Allah...Tiadalah Daya dan upaya ku melainkan Engkau Ya Allah! ALLAHU AKHBAR!!!
    posted by Ibnu Hashim @ 9:40 AM  
    3 Comments:
    • At 9:41 PM, Anonymous Anonymous said…

      saya tak nak komen apa2 cuma nak tegur sikit (ilmu saya pun bukan banyak sangat, apa yang saya tahu silap, saya tegurlah). ejaan Allahu Akbar dalam rumi yang terbaik ialah Akbar, iaitu gunakan huruf k sebagai ganti kaf. kalau eja Akhbar, kh tu sebenarnya ganti kha. Kalau kita kata Allahu Akhbar seolah2 membawa maksud Allah berita2.

       
    • At 3:42 PM, Anonymous Anonymous said…

      Sambungan citer kebahagian bahagian 4 ada ka?

       
    • At 8:30 AM, Blogger Ibnu Hashim said…

      Assalamualaikum,
      Terima kasih sudi tegur.. Sebenarnya, 'akh' itu hanyalah untuk menyatakan akan sifat huruf 'kaf' itu. Ejaan 'AK' juga tidak dapat memberikan sifat huruf kaf...yang terbaik ialah tulisan asalnya iaitu huruf hijjaiyah... Apapun, terima kasih sudi menegur... terbuka juga minda ini dgn teguran saudara/saudari dgn izin Allah.

      Perque, belum ada ilham menulis...nanti Allah izin, akan sambung insyaAllah.
      Tak pun, taruk point sajalah.

       
    Post a Comment
    << Home
     
    About Me

    Name: Ibnu Hashim
    Home: Puchong, Selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    POS TERDAHULU
    ARKIB
    GO BLOGS
    INFAQ
    • Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith).
      Akhiratkan dunia mu..

    • Rumah Anak Yatim yang dimaksudkan adalah

    • RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN,MANJOI, IPOH(BLOG)

    • RUMAH ANAK YATIM AL-WADI, KUPANG, KEDAH (VIDEO)
    • Sila bank-in sumbangan anda kepada:

      NAMA : TKO GLOBAL NOMBOR AKAUN :564726100475 AKAUN :ALWADIAH MAYBANK

      JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk) NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
      PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim

      Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)

    LAMAN WEB PILIHAN
    SEMAK DAFTAR PENGUNDI

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2005 Catatan Marhaenis... Template by Isnaini Dot Com