Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada jari taip ler yer. Di sini kita berkongsi pendapat, mahupun berbalah pendapat sesama kita. Boleh menceritakan apa sahaja, asal sahaja tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara melainkan semata-mata untuk perbincangan, perbahasan dan pemberitahuan sahaja. Selamat menulis!
Wahai diri...engkau makan sampai senak perut...engkau tibai semua makanan membujur lalu melintang patah... bukankah makan untuk hidup dan bukan sebaliknya?
Wahai diri, engkau ucapkan Kalimah Syahadah... Engkau mengaku Tiada Tuhan Melainkan Allah... Betul ker? Bukankah engkau jua yang menentang hukum hukumNya? Bukankah engkau yang berusaha menanamkan bibit bibit negatif kepada orang lain yang memperjuangkan hukum hukum Allah itu? Engkau sanggup pula menghina kepada golongan agama yang mahu menjalankan hukum hukum itu... betulkah syahadah yang engkau ucapkan itu? Benarkah begitu?? Redha siapa yang engkau cari wahai diri? Redhanya manusia dalam kemarahan ALlah?
Mana al-Qur'an itu telah engkau letak? Dalam Almari?? Tanam di Kutub Utara?? Itukah cara yang Nabi mu ajar? Mengapa engkau letak Al-Qur'an itu di telapak kaki perlembagaan Lord Reid??? Mengapakan jika bertemu pertembungan antara Al-Qur'an dan perlembagaan itu maka Perlembagaan ciptaan itulah yang mengatasi Kalamullah?? Betul kah kalimah Syahadah mu itu wahai diri??? Redha siapa engkau cari?
Aduhai diri, engkau mengaku Muhammad itu pesuruh Allah...Kekasih Allah.. Betul? Ye ke begitu?
Bukankah engkau juga yang menghina umatnya yang mengamalkan sunnah baginda? Bukankah engkau yang benci dan memandang hina orang yang berjanggut? Orang yang berserban? Bukankah engkau jua yang memburuk burukkan cara makan Nabi? Perkahwinan Nabi? Poligami?
Bukankah Nabi Muhammad saw itu memerintah berdasarkan AL-Qur'an.. Bukankah dasar rujukannya al-qur'an... Mana rujukan kamu? Sudah berapa banyak sunnahnya yang engkau kerjakan sebagai manifestasi akan kecintaan mu kepadanya? Selarikah butir butir kata pengakuan diri itu dgn perbuatanmu..aduhai diri... selarikah? Adakah bertentangan atau tidak? Menanam tebu di pinggir bibir?
Redha siapa yang engkau mahu? Sanggupkah engkau hidup dalam kemurkaan ALlah dan mengorbankan Redha Allah untuk mendapatkan Redhanya manusia dan duniawi? Bukankah nilai dunia ini hanyalah sebanding dengan nilai sehelai sayap nyamuk di sisi Allah S.W.T. ??? Apa yg boleh engkau perlakukan dgn sayap nyamuk itu??
Terlalu banyak perkara yang engkau lakukan tidak melambangkan atau menterjemahkan apa yang telah engkau ucapkan... munafik? Na'uzubillah... Neraka paling HIGH CLASS menanti engkau wahai diri!!!
Ya Allah..ampunkanlah diri ini...bimbingkanlah diri ini ke arah keimanan yang sejati...ke jalan yang engkau redhai... bantulah Ya Allah... La Haula walaquwwataillahi billahil a'liyyil adzhim..
Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith). Akhiratkan dunia mu..
NAMA : TKO GLOBAL
NOMBOR AKAUN :564726100475
AKAUN :ALWADIAH MAYBANK
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk)
NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim
Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)