Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada jari taip ler yer. Di sini kita berkongsi pendapat, mahupun berbalah pendapat sesama kita. Boleh menceritakan apa sahaja, asal sahaja tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang negara melainkan semata-mata untuk perbincangan, perbahasan dan pemberitahuan sahaja. Selamat menulis!
Baru 2 hari kembali dari kampung...menjengah ibu di kampung..
Dalam pada itu, diselongkar khazanah lama ku..sebuah beg usang yang pernah aku gunakan suatu ketika dahulu...
Dalam beg tu ada tersimpan beberapa dokumen dan nota nota yang ku rasakan penting untuk dijadikan pedoman dan panduan ...
Dalam pada itu, aku terjumpa satu sampul plastik yang terkandung beberapa sampul surat.. mmmm... surat lama barangkali...
Aku belek belek..ku lihat ada dua sampul yang tertera alamat kampung ku..siap bertaip... pasti istimewa.. rupanya ianya adalah lebihan sampul surat yang aku sediakan untuk ku kirimkan kepada ayahanda tercinta ketika aku menuntut dahulu.. Patut lah bertaip kemas dan siap berstem!
Sampul itu ternyata tidak aku gunakan lagi...namun kemudiannya ada 4 lagi sampul yang seakan sama..namun telah digunakan! Rupa-rupanya itu adalah surat ku kepada Abah dahulu..dan bersamanya juga ada surat surat daripada abah kepada ku..!!!
Ku baca perlahan lahan penuh debaran... memori abah terus mencurah curah datang... kerinduan padanya semakin menjadi jadi...
Tanpa sedar mengalir jua airmata ini demi melihatkan tulisan tangan arwah abah... sedih pedih mengenangkan perjuangannya dahulu membesarkan kami semua... bermandikan darah dan keringat!! Berapa ramai sahabatnya yang gugur di depan mata...
Sebesar hama perjuangannya dapat aku rasai ketika aku berkhidmat dalam ATM.. namun tak sebanding dia...
Yang paling menyentuh hatinya bila dia bertanya dalam suratnya tentang wang kirimannya kepada ku dan tentang bantuan abang abang adakah mereka membantuku ataupun tidak...
Memang jarang sekali abah menghantar wang lantaran abah sendiripun tak berkemampuan... tapi bukan itu yang mencarik carik dada ku ini..bukan itu.. bait bait ayatnya "sudah kah terima kiriman ayahanda itu... "
YA ALLAH!!! Aku tak sempat berbakti kepadanya sebagaimana anak anak lain... dia Engkau jemput lebih dahulu ketika aku masih bergelar pelajar.. Engkau jualah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Namun ayat itu.. "Sudahkah terima kiriman wang melalui wang pos bernombor sekian sekian" benar benar menyedarkan aku! Surat yang sudah berusia 17 tahun itu masih lagi berupaya untuk menyampaikan suara hati abah!!...
Abah! Anak mu ini anak derhaka!! Anak mu ini anak tak mengenang budi!!! Lantaran apa pula bentuk ayat yang harus aku balas pada mu abah sedangkan aku tak mengirimkan apa apa pada mu di alam sana..tidak sepertimana abah mengirimkan aku sesuatu untuk aku manfaatkan saat saat aku bergelar seorang pelajar...
Abah..bagaimanakah engkau di sana?? Doa ku sampaikah pada mu abah? Doa seorang insan yang penuh dosa dan noda... Abah...redhakah engkau kepada ku sebagai anakmu abah?? Sedikit benar yang aku KIRIMKAN kepada mu di sana!!!
Ya ALLAH!! Ampunilah akuuu...ampunilah abah....
Ya ALLAH!! Ampunilah aku Ya ALLAH!!! Ampunilah aku...
Abahhh..maafkan saya abahh...maafkan saya..
InsyaALLAH, isteri abah saya jaga dgn baik..isteri abah saya taati sepenuhnya insyaALLAH.. Doa ku mudah mudahan ALLAH sampaikan pada mu abah sebagaimana DIA telah menyampaikan surat suratmu itu berserta bantuan untuk kegunaanku dahulu...
Kali pertama mencoret di sini setelah beberapa kali melawat. Luluh hati saya membaca post ini. Kehilangan insan tersayang memang memeritkan, apatah lagi kalo kita rapat dengannya. Mudah²an arwah damai di sana.
Berikut adalah dua buah rumah anak yatim yang telah dilawati oleh tim TKO dan disahkan akan ketulenan dan kewujudannya.Mari infaq harta kita semampunya walau pun dgn sebelah tamar (maksud Hadith). Akhiratkan dunia mu..
NAMA : TKO GLOBAL
NOMBOR AKAUN :564726100475
AKAUN :ALWADIAH MAYBANK
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH (ONLINE TRANSFER) SILA GUNA AKAUN KE-2 TKO (akaun wan_jtk)
NO. AKAUN : 164726003365 (Maybank)
PENAMA : Wan Shafareen Wan Abdul Halim
Selepas bank-in, sila email ke spawn_su@yahoo.com atau sms ke 013-3931057 maklumkan butir-butir sumbangan (jumlah dan tujuan sumbangan)
Kali pertama mencoret di sini setelah beberapa kali melawat. Luluh hati saya membaca post ini. Kehilangan insan tersayang memang memeritkan, apatah lagi kalo kita rapat dengannya. Mudah²an arwah damai di sana.